Saturday, November 12

Its Time!There They Comes

Bile final exam da dekat cam ni la reaksi aku..takut,gelabah,risau semua ada..hadooii~

Tp insyaallah selagi ada usaha, selagi tu masih ada jalan untuk buat yang terbaik kan.. :)


please..please..please be nice to me my dear exam :) 
just for along 15.11 until  25.11 please : /


p/s : uit..uit,mase untuk study ok ! daaa~
mood : gelabah tak hengat!

Sunday, October 16

Happinessss :)

Aku agak tertarik dengan tips kat bawah ney
Kegembiraan kita adalah hak kita
Kita yang menentukan hidup kita sedih :( atau suka :) 



Carilah kegembiraan itu selagi mampu
 Buatkan diri ini sentiasa tersenyum

Kerana
Senyum itu penawar yang sangat mujarab

Hidup adalah satu anugerah
Jangan rosakkan anugerah yang tak ternilai ini
Kerana hidup ini terlalu singkat untuk kita bersedih (:

Friday, October 14

Girlfriends!

Recently activity kitorang :
1st: wajib..gosipping
2nd: shopping
3rd: window shopping -_-
4th: lepaking haha..n gosip lg~
memang xde keja lain weyh!

Firstly my kakak!


Siti Khadijah a.k.a Kak Jah
 nape die ni akak? sebab die mmg akak aku pun..hee
keja die kejut aku, bebel kat aku bila aku lambat, then tolong ingatkan aku almost semua benda
sebab aku ni mmg pelupa teruk pnya orang~haha
kalau tak de akak aku ney alamatnya separuh sem punya kelas aku tak gi tau..+_=
thanks akak :)

then


Siti Jah, aku and Eby!
Eby da 3 tahun lebih as classmate aku since 2008~ 
Lama kan?hee
And Eby gak rakan seperjuangan merangkap leader bisnes team aku with Herbalife!



And again Siti Jah, Ju & aku lagi haruslah..he
Ju ney suke amik gambar tau 
tu yang aku suke (:

sebab vice versa sangat la dengan aku yang malas nak keluarkan camera~hee
ney sume gambar time industrial visit yang di capture oleh Ju :)
cantik kan?tengok la fon die,tiap-tiap hari aku mintak tukar fon dengan die
korang tau ape jawapan die..die senyum je la tak kan nak bg kot :p

kalau ko nak tanya aku mana gambar terbaru aku memang aku tunjuk fon kak jah (:
nak tau nape? gi tanya die..ahaha :p


lastly..


There we are..
ney dia group gosip kitorang!haha tak boley blah statement~
Ju, Aneez, Siti Jah, aku, Dal, Nisah, Muni and Eby yg jadi cameraman ok salah camerawoman time ney (:



and my gosipping group again
with full attire for food hygiene control :)

ok kat sini aku nak bagi pendapat sikit
kadang-kadang gosip tu tak la salah..mengumpat tu yang salah
gosip dengan mengumpat tu sama tak?aku rase tak sama..korang?
ade ke gosip tak mengumpat?haha
gi la check it out sendiri :p


-the end-


p/s : benda yang betul tu mengumpat, benda yang tak betul tu fitnah, tapi semua benda kita boley jadi kan iktibar..so time tengah diskusi nak jadikan die iktibar tu mesti la kena mengumpat dulu kan~adoii..ape boley buat,ape pun tak boleh..+_=

Hidup: Sebuah Realiti Yang Sukar Dicari Kesempurnaannya

Sebut pasal hidup macam aku da lama sangat lah hidup kan, pengalaman baru setahun jagung bak kata pepatah. Tapi ni dari persepsi aku la. Bagi korang aku tak tau la plak.


Kalau di pikir apa nak jadi dengan hidup kita masa akan datang ntah siapa pun tak boley nak cakap. Tapi tuhan maha mengetahui so kita serah pada takdir. Tapi tak semestinya ko serah pada takdir tu ko tunggu je apa nak jadi tanpa usaha. Banyak cantik muka ko. Haha


Ok definisi dia macam contohnya kita dah tau yang kita memang akan mati sebab yang hidup mesti la akan mati kan. Korang hidup kan? Haaa..wajib la mati tu hadirin hadirat sekalian tapi bile tu Yang Maha Pencipta je la yang boleh jawab untuk soalan tu.


So kalau kita da tau kia akan mati so tak kan kita nak tunggu je ajal tu dtg..kita perlu la tunaikan ape yang patut sebagai hamba Allah disamping cuba hidup di atas landasan yang betul. Hidup ni skali je dan sangat singkat dan sebab tu jugak la semua manusia yang ada di muka bumi Allah ni sibuk mencari kesempurnaan yang tiada wujudnya.


Sebuah realiti hidup sebenarnya tak pernah sempurna. Korang sedar x?ok aku pun sedar..sebab mencari sebuah kesempurnaan dalam hidup macam satu perjalanan yang tak punya penghujungnya. Kalau pun kita temui kebahagiaan yang amat sanagt dalam beberapa ketika namun sebenarnya kita belum jumpa kesempurnaan yang hakiki. Cewah ayat! Hee..


Kadang-kadang kita pelik mana nak cari sebuah hidup sempurna tanpa masalah, masalah dan masalah. Tak kira lah msalah ko kecik ke besar ke. Selipar jepun dua hinggit putus pun masalah. Yela macam mana nak gi toilet jap gi nak gi mandi nak gi tunai hajat contoh paling senang untuk sorang budak hostel yang kena gi toilet pakai selipar jepun. Tak kan nak rembat pakai heels or sneakers kot nak g toilet je pun.


Nak tak nak kena lah pinjam kawan ko punye kasut jamban kan. Nak pulak kawan ko tu kedekut taik hidung masin tak hengat plus selipar die kurang dua ringgit je seratus, alamatnye nak dapat la ko nak pinjam. Haha. Jangan pandang remeh masalah selipar japun pun bley bawak wenggg kepala ko tau~


Sebab apa Yang Maha Agung Allah Subhanahu Wa Taala tak wujud kan sebuah kesempurnaan dalam hidup setiap hambanya? Kalau manusia yang lemah macam kita ni mendapat ketiap kesempurnaan yang hakiki mungkin kita cepat lupa siapa kita. Allah sentiasa sayang kita dan lagi sayang kita kalau kita hidup merendah diri. Hakikatnya Dia nak kita sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang dan tidak lupa diri.





Semua orang tahu kisah hidup sorang lelaki yang diberi kesempurnaan oleh Tuhan satu ketika dulu. Ye..Firaun. tanpa sakit, tanpa perlu membuang air besar mahupun kecil die dpat hidup weh~kalau kita la mampus sembelit teruk, dehydrate sume ade, pdhal baru seminggu nak dibandingkan dengan die yang hidup sampai beratus tahun diberi kurniaan yang tak ada pada orang lain. Akhirnya die takbur and mengaku diri die tuhan. Ada ke patut masuk bakul angkat sendiri. Teruk betul perangai.
Ish3..-_+...


So kesempurnaan adalah realiti yang sukar dicari namun kebahagiaan dan kejayaan kunci kesempurnaan yang di cari walaupun sekelumit dan wujudnya seketika.


p/s: mimpi yang sempurna..mungkinkah wujud mimpi yang sempurna? Ye..hanya dalam sebuah lagu~ (:

Monday, August 8

Tada Kimi Wo Aishiteru

Tada kimi wo aishiteru..tu sebenarnya tajuk filem Jepun yang sweet sangat..auwww~
tau tak filem romantika de amour yang sedih-sedih 'feeling-feeling' giler tu? tak tau?

kalau korang tak tau baik korang pegi tengok sekarang..adui sumpah rugi tak tengok oo..
cite die comel dan sangat la sedih yang teramat sangat la weyh~
dan yang paling aku suka si heronya tu la..perghhh..hensem..!
okay abaikan..

Tapi hari ni aku bukannya nak cerita pasal filem tangkap leleh ni ^_^
tp aku nak cakap pasal satu lagu yang buat wa jatuh cinta bak dalam hati ada taman..
boleh tak cam tu? teehee suka pulak aku..waa..nampak taman berbunga la..
korang nampak tak? tak nampak? mmg la..ini blog bkn vlog..
lagi pun aku ni tak de bakat pn nak bervlogging bagai..
okay abaikan lagi~

okay berbalik pada lagu td..

AISHITERU namanya..singing by Zivilia Band

lirik dia cantik punya..
da la melodi aduii..best sangat

sebab berkenan sangat dengan lagu ni..
aku pun amik inisiatif la pegi tnya En.Google maksud AISHITERU tu..
'I Love You' rupanya..patut la sweet sangat bait-bait lagunya.. ^.^

disebabkan aku ni mmg la dasar tak berapa nak sedar diri sikit
padahal punya la banyak assignment duk tunggu terbeliak-terbeliak tengok muka aku duk suruh aku buat..tapi aku kan sememangnya rajin yang teramat..aku pn pegi lagi sekali tanya En.Google
wahai En.Google yang budiman apakah maksud kepada tajuk filem tangkap leleh tu..
bajet nak belajar sikit-sikit la bahasa bekas penjajah kita dulu si Jepun tu..
lalu En.Google pn menjawab maksudnya 'TADA KIMI WO AISHITERU' tu Just Loving You..
waa..teruja sikit ni..boleh balik raya nanti g cakap kat mama
"tada kimi wo aishiteru mama" hikhikhik
bajet nak romantik sikit~

okay berbekalkan sifat rajin mengoogle..aku pun cari la lirik lagu Aishiteru
amat la rasa terharu yang amat sangat bila tengok lirik dia..

dan sekarang aku pn teringin la nak share lirik dia yang bagus sangat untuk couple-couple yang duk cinta jauh-jauh ni~dipersembahkan kepada anda..


AISHITERU by Zivilia


Menunggu sesuatu yang sangat menyebalkan bagiku
Saat ku harus bersabar dan terus bersabar
Menantikan kehadiran dirimu
Entah sampai kapan aku harus menunggu
Sesuatu yang sangat sulit tuk ku jalani
Hidup dalam kesendirian sepi tanpamu
Kadang ku berfikir cari penggantimu
Saat kau jauh disana

Walau raga kita terpisah jauh
Namun hati kita selalu dekat
Bila kau rinduku pejamkan matamu
dan rasakan a a a aku


Kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh
terhapus ruang dan waktu
Percayakan kesetiaan ini
percayakan ketulusan a a ai aishiteru

Gelisah sesaat saja tiada kabarmu kucuriga
entah penantianku takkan sia-sia
dan berikan satu jawaban pasti
entah sampai kapan aku harus bertahan
saat kau jauh disana rasa cemburu
merasuk kedalam pikiran ku melayang
tak tentu arah tentang dirimu
apakah sama yang kau rasakan

Walau raga kita terpisah jauh
Namun hati kita selalu dekat
Bila kau rinduku pejamkan matamu
dan rasakan a a a aku

Kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh
terhapus ruang dan waktu
Percayakan kesetiaan ini
berkat ketulusan a a a aishiteru

Saat ku sendiri pikiran melayang terbang
Perasan resah gelisah jalani kenyataan hidup tanpa gairah
Lupakan segala obsesi dan abmbisimu
Akhiri semuanya cukup sampai disini
dan buktikan pengorbanan cintamu untukku
Kumohon kau kembali

kimiga kumo kumii tenmo
kinoho boy ga shino ga ruta a
Shineteruyo shineteruyooo

Walau raga kita terpisah jauh
Namun hati kita selalu dekat
Bila kau rinduku pejamkan matamu
dan rasakan a a a aku

Kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh
terhapus ruang dan waktu
Percayakan kesetiaan ini
percayakan ketulusan a a a aishiteru

wo wo wo
wo wo wo a a ai aishiteru


tak de la kejam sangat nak suruh korang nyanyi syok sorang-sorang kan..ni hambik dengan video die skali..karang karaoke puas-puas ye.. :)

amacam best kan.?kan aku da ckp~
*okey g karaoke dalam shower pn sedap ni*

Tuesday, August 2

Haa..kan aku da kata awal-awal lagi~ ^-^

wewitt..aku berblogging ari ney~clap..clap..clap..

srettt..srettt..sapu-sapu sikit..da berhabuk bersawang bagai kat blog ney..adeyaaii..
buat blog je pandai aku ney, tp malas benau nak mengapdatenye~hekhek

aku rase cam banyak sangat nak gosip-gosip kat sini td tp skrg..dushhh..hampeh..
ape tah aku nak cite..ce cite ce cite jap..

ok..actually mmg xde cite..ngeee..tp aku nak tulis gak..pehal lak wat blog xde bende nak tulis..
 kan..kan..kan..

sempena ramadhan yang dah menjelang ney ..wat muke eksited skit bley? ^.^
wahaha tak ley blah tu pn nak eksited..blom pape lg weyh.. -.-

ek ele..da tanggal dua ramadhan baru ko nak wish bagai?gelak guling2..:p

bia la..!blog aku..aku punye suke :)..

ok la..sebenaunye nak wish SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK~
semoga ramadhan kite diberkati,Ramadhan adalah bulan teragung yang dikurniakan Allah kepada kita..:)

yang puase kat ipt tu jangan lupe lak g cepat-cepat beli tiket blik kampung weyh~
karang tak balik raye..wahaa..jangan ko nak nanges guling guling bagai..

kate orang aku pn sama tak belilagi..
nak blik kampung kot jangan la abes~
dush..pegi beli cepat!
*wat muke nak makan penampar  la tu* (-.-)

Saturday, March 19

Antara gitar, drama dan blog

hai,hai,hai~

Hari ney nak cite-cite sikit pasal terilhamnya tiga buah words terhebat yang bolehkan aku conteng-conteng kat papan tulis blog yang biasa-biasa ney..  Nak gak tanya korang-korang kan..pelik tak mula-mula tgk aku punya tajuk belog,, macam belog komposer pn ada, penyanyi pn ada, kedai gitar pun ada kan kan kan :) 

aku bukan nak jual gitar or nak buat drama or plot drama kat belog aku ney.., tettt..

time aku tgh create belog ney actually, aku mmg tak tau mcm mana nak start..sebabnya nama belog pun aku tak terpikir,, pelik tak tp nak buat belog... adeyy!

tetibe aku terpandang kat key chain aku,, cantik key chain tu. key chain gitar colour hijau, comel. ye!  btl.. sepuluh markah kat korang.. sebab key chain tu la aku dpt nama gitar tu...pulak time tu aku tengah dengar lagu My Guardian Angel sesedap bunyi aku dengar gitaris band si Red Jumsuit Apparatus tu main, terus terpikir gitar akustik. kebetulan lah kan.

 
ney la gitar hijau kecik aku tu..kecik x?hee (:
nak jugak aku ltak gambarnye pun kecik..sebab nak menunjukkan kekecikkan die :p

okey kat sini gak aku nak bagitau korang yang sebenarnye sebijik gitar pun aku tak penah pegang selama aku dah hidup dua puluh tahun ney.. jangan pulak lepas ney korang duk suruh aku buat video main gitar macam brader-brader tepi jalan tu.. tersedak aku karang, tak boley tidur tiga hari duk pikir macam mana nak petik gitar tu..

berbalik pada topik asal aku cite tadi, words drama tu actually dalam konteks kehidupan la. sebab kite hidup kat dunia ney kan mcm cite kat panggung wayang tu. lebih kurang tu la aku gambarkan. dan sebut pasal melodrama yang aku mention kat heading tu, mcm rencah kehidupan kita, ada suka, ada duka, riang, tawa, tangis, hentuk kepala kat meja dapat result teruk *jangan tiru aksi ini* ada pulak nanti mak bapak korang datang cari aku~haha

terwujudnya dua words yang bergabung didalam satu blog ney la terjadinya satu melodrama meletup *kot* yang aku cipta sendiri!

sekian~tett..titik!




Bila gitar akustik aku mula berbunyi~

Salam buat semua~
Ada lah lebih kurang sedekad jugak aku bertekad untuk berblogging, tp macam tak sampai seru je..dan hari ini dalam sejarah aku start berblogging *clap clap clap*

haa..ko tengok punye la diorang tumpang gembira aku da start blogging..wewiit~
(prasan nak mampos)hehek

Okey sekarang aku nak hurai skit ye perihal kenape aku nk berblogging ney..tau dak knapa?

Eh pasai pa ang amek masa lama sangat tuk start berblogging ney?mimpi pape kot ang ney?
Mmg da lama pn nak start tapi sebelum ney aku tak de modal nak share cite-cite ngan orang ramai ney.

Pasai pa nak tunggu ada modal, punya la banyak isu dlm dunia yang fana ney ang ckp xdak modal?ang takut pa nk start?
Boleh jadi gak aku takut nk tulis ape yang aku rase, maybe sebelum ney aku kurang confident..ko ape tau!

Okey okey! aku tak mau cucuk sarang tebuan dah..tapi apa yang meransang minat ang untuk berblogging dengan tiba-tiba?
Aku actually tertarik untuk berpendapat tau lebih senang lg nak share la dengan korang-korang kat luar tu apa yang aku rase, mushkil, tak puas ati, puas ati dan segala konflik monflik dalam dunia kita yang fana ney walaupun aku sekadar mampu share semua tu dlm alam maya tapi trend sekarang ney orang berkarya dan berpendapat tak de batasan ko tau tak..da tu xkan aku nk diam and duduk tunggu pendapat orang laen je. aku pn nak ckp gak! *walaupun hakikatnya aku xbercakap pun (kan dlm blog mane ade suare)*

Ok last ney soalan aku kat ang, biaq betui nak berblogging ney?ang sure ka?jangan duk wat lawak la aih!
Aku buat yang termampu, y tersempat dan sebaik mungkin, insyallah~yang ko ney pehal tak puas ati ney! (makan penumbuk sebijik)....dush...(+_=)

Sekian melodrama untuk hari ney~



 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...