Sunday, October 16

Happinessss :)

Aku agak tertarik dengan tips kat bawah ney
Kegembiraan kita adalah hak kita
Kita yang menentukan hidup kita sedih :( atau suka :) 



Carilah kegembiraan itu selagi mampu
 Buatkan diri ini sentiasa tersenyum

Kerana
Senyum itu penawar yang sangat mujarab

Hidup adalah satu anugerah
Jangan rosakkan anugerah yang tak ternilai ini
Kerana hidup ini terlalu singkat untuk kita bersedih (:

Friday, October 14

Girlfriends!

Recently activity kitorang :
1st: wajib..gosipping
2nd: shopping
3rd: window shopping -_-
4th: lepaking haha..n gosip lg~
memang xde keja lain weyh!

Firstly my kakak!


Siti Khadijah a.k.a Kak Jah
 nape die ni akak? sebab die mmg akak aku pun..hee
keja die kejut aku, bebel kat aku bila aku lambat, then tolong ingatkan aku almost semua benda
sebab aku ni mmg pelupa teruk pnya orang~haha
kalau tak de akak aku ney alamatnya separuh sem punya kelas aku tak gi tau..+_=
thanks akak :)

then


Siti Jah, aku and Eby!
Eby da 3 tahun lebih as classmate aku since 2008~ 
Lama kan?hee
And Eby gak rakan seperjuangan merangkap leader bisnes team aku with Herbalife!



And again Siti Jah, Ju & aku lagi haruslah..he
Ju ney suke amik gambar tau 
tu yang aku suke (:

sebab vice versa sangat la dengan aku yang malas nak keluarkan camera~hee
ney sume gambar time industrial visit yang di capture oleh Ju :)
cantik kan?tengok la fon die,tiap-tiap hari aku mintak tukar fon dengan die
korang tau ape jawapan die..die senyum je la tak kan nak bg kot :p

kalau ko nak tanya aku mana gambar terbaru aku memang aku tunjuk fon kak jah (:
nak tau nape? gi tanya die..ahaha :p


lastly..


There we are..
ney dia group gosip kitorang!haha tak boley blah statement~
Ju, Aneez, Siti Jah, aku, Dal, Nisah, Muni and Eby yg jadi cameraman ok salah camerawoman time ney (:



and my gosipping group again
with full attire for food hygiene control :)

ok kat sini aku nak bagi pendapat sikit
kadang-kadang gosip tu tak la salah..mengumpat tu yang salah
gosip dengan mengumpat tu sama tak?aku rase tak sama..korang?
ade ke gosip tak mengumpat?haha
gi la check it out sendiri :p


-the end-


p/s : benda yang betul tu mengumpat, benda yang tak betul tu fitnah, tapi semua benda kita boley jadi kan iktibar..so time tengah diskusi nak jadikan die iktibar tu mesti la kena mengumpat dulu kan~adoii..ape boley buat,ape pun tak boleh..+_=

Hidup: Sebuah Realiti Yang Sukar Dicari Kesempurnaannya

Sebut pasal hidup macam aku da lama sangat lah hidup kan, pengalaman baru setahun jagung bak kata pepatah. Tapi ni dari persepsi aku la. Bagi korang aku tak tau la plak.


Kalau di pikir apa nak jadi dengan hidup kita masa akan datang ntah siapa pun tak boley nak cakap. Tapi tuhan maha mengetahui so kita serah pada takdir. Tapi tak semestinya ko serah pada takdir tu ko tunggu je apa nak jadi tanpa usaha. Banyak cantik muka ko. Haha


Ok definisi dia macam contohnya kita dah tau yang kita memang akan mati sebab yang hidup mesti la akan mati kan. Korang hidup kan? Haaa..wajib la mati tu hadirin hadirat sekalian tapi bile tu Yang Maha Pencipta je la yang boleh jawab untuk soalan tu.


So kalau kita da tau kia akan mati so tak kan kita nak tunggu je ajal tu dtg..kita perlu la tunaikan ape yang patut sebagai hamba Allah disamping cuba hidup di atas landasan yang betul. Hidup ni skali je dan sangat singkat dan sebab tu jugak la semua manusia yang ada di muka bumi Allah ni sibuk mencari kesempurnaan yang tiada wujudnya.


Sebuah realiti hidup sebenarnya tak pernah sempurna. Korang sedar x?ok aku pun sedar..sebab mencari sebuah kesempurnaan dalam hidup macam satu perjalanan yang tak punya penghujungnya. Kalau pun kita temui kebahagiaan yang amat sanagt dalam beberapa ketika namun sebenarnya kita belum jumpa kesempurnaan yang hakiki. Cewah ayat! Hee..


Kadang-kadang kita pelik mana nak cari sebuah hidup sempurna tanpa masalah, masalah dan masalah. Tak kira lah msalah ko kecik ke besar ke. Selipar jepun dua hinggit putus pun masalah. Yela macam mana nak gi toilet jap gi nak gi mandi nak gi tunai hajat contoh paling senang untuk sorang budak hostel yang kena gi toilet pakai selipar jepun. Tak kan nak rembat pakai heels or sneakers kot nak g toilet je pun.


Nak tak nak kena lah pinjam kawan ko punye kasut jamban kan. Nak pulak kawan ko tu kedekut taik hidung masin tak hengat plus selipar die kurang dua ringgit je seratus, alamatnye nak dapat la ko nak pinjam. Haha. Jangan pandang remeh masalah selipar japun pun bley bawak wenggg kepala ko tau~


Sebab apa Yang Maha Agung Allah Subhanahu Wa Taala tak wujud kan sebuah kesempurnaan dalam hidup setiap hambanya? Kalau manusia yang lemah macam kita ni mendapat ketiap kesempurnaan yang hakiki mungkin kita cepat lupa siapa kita. Allah sentiasa sayang kita dan lagi sayang kita kalau kita hidup merendah diri. Hakikatnya Dia nak kita sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang dan tidak lupa diri.





Semua orang tahu kisah hidup sorang lelaki yang diberi kesempurnaan oleh Tuhan satu ketika dulu. Ye..Firaun. tanpa sakit, tanpa perlu membuang air besar mahupun kecil die dpat hidup weh~kalau kita la mampus sembelit teruk, dehydrate sume ade, pdhal baru seminggu nak dibandingkan dengan die yang hidup sampai beratus tahun diberi kurniaan yang tak ada pada orang lain. Akhirnya die takbur and mengaku diri die tuhan. Ada ke patut masuk bakul angkat sendiri. Teruk betul perangai.
Ish3..-_+...


So kesempurnaan adalah realiti yang sukar dicari namun kebahagiaan dan kejayaan kunci kesempurnaan yang di cari walaupun sekelumit dan wujudnya seketika.


p/s: mimpi yang sempurna..mungkinkah wujud mimpi yang sempurna? Ye..hanya dalam sebuah lagu~ (:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...